Bahagian A : Nun Sakinah Dan Tanwim

3 Feb

Bagi Nun Sakinah (ﻥْ ) dan Tanwim ( ـًـٍـٌ ), terdapat 5 jenis hukum iaitu :

  1. Izhar Halqi
  2. Ikhfa’ Hakiki
  3. Idgham Maal Ghunnah (Bighunnah)
  4. Idgham Bila Ghunnah
  5. Iqlab

1.     Izhar Halqi

Huruf             =          Terdiri daripada 6 huruf iaitu : 

ه

ع خ ح غ

أ

Makna            =          Izhar bermaksud Jelas.         

 Oleh itu hendaklah dijelaskan sebutan Nun Mati dan Tanwim serta setiap huruf Izhar Halqi dari makhrajnya tanpa mendengungkannya.

Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Izhar Halqi

di dalam satu kalimah atau dua kalimah, dibaca dengan Jelas, iaitu Tanpa Dengung

 

 2.     Ikhfa’ Hakiki

 Huruf             =          Terdiri daripada 15 huruf iaitu : 

 

ك د ص ز ج ت س
ذ ش ظ ط ض ق ث

ف

  Makna            =          Ikhfa’ bermaksud Tersembunyi. Membaca huruf yang sifatnyaantara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf yang pertama.

 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Ikhfa’ Hakiki, dibaca dengan Dengung

 

3.     Idgham Maal Ghunnah

 Huruf             =          Terdiri daripada 4 huruf iaitu : 

ن

م و

ي

 Makna            =          Idgham Berdengung iaitu memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya serta dengung

 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Idgham Maal Ghunnah di dalam dua kalimah, dibaca dengan Dengung

 

4.     Idgham Bila Ghunnah 

Huruf             =          Terdiri daripada 2 huruf iaitu :

ر

ل

 Makna            =          Idgham Tanpa Dengung iaitu memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya tanpa dengung

 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Idgham Bila Ghunnah di dalam dua kalimah, dibaca dengan Tanpa Dengung 

 

5.     Iqlab

 Huruf             =          Terdiri daripada 1 huruf iaitu : 

ب

 Makna            =          Menukarkan bunyi Nun Mati dan Tanwim kepada bunyi huruf Mim dan diikhfa’kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba’ yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung.

 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan Huruf Iqlab, dibaca dengan Dengung

One Response to “Bahagian A : Nun Sakinah Dan Tanwim”

  1. syukri bin mohd Addnan December 2, 2011 at 8:42 am #

    saya sangat menyukai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: