Archive | Mim Sakinah RSS feed for this section

Bahagian B : Mim Sakinah

3 Feb

Bagi Mim Sakinah (Mati) terdapat 3 jenis hukum iaitu :

       1.   Idgham Syafawi (Idgham Mithlain)

       2.   Ikhfa’ Syafawi

       3.   Izhar Syafawi

 

1.         Idgham Syafawi (Idgham Mithlain)

 

Huruf             =          Terdiri daripada 1 huruf iaitu : 

م

 Makna            =          Memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya.

 Hukum          =          Apabila Mim Mati ( مْ ) bertemu dengan Huruf Mim ( م ) pada lain kalimah, dimasukkan huruf Mim Mati ( مْ ) ke dalam huruf Mim Berbaris ( م ) dan dibaca dengan Dengung

 

 

2.        Ikhfa’ Syafawi

 Huruf             =          Terdiri daripada 1 huruf iaitu : 

ب

 Makna            =          Ikhfa’ bermaksud Tersembunyi. Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama         

 Hukum          =          Apabila Mim Mati ( مْ ) bertemu dengan Huruf (ب )  pada lain kalimah, dibunyikan huruf Mim Mati  (مْ ) antara bunyi Izhar dan Idgham dan dibaca dengan Dengung

 

 3.         Izhar Syafawi

 Huruf             =          Terdiri daripada 26 huruf iaitu : 

ر

ذ د خ ح ج ث ت ا

غ

ع ظ ط ض ص ش س

ز

  ي ه و ن ل ك ق

ف

 Makna            =          Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya tanpa dengung.        

 Hukum          =          Apabila Mim Mati ( مْ ) bertemu dengan Huruf-huruf selain daripada  م dan ب  pada lain kalimah, sebutan Mim Mati ( مْ ) dijelaskan dan dibaca secara Jelas dan Nyata Tanpa Dengung  

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 39 other followers