BAHAGIAN D : IDGHAM

3 Feb

Makna            =          Dari segi Bahasa bermaksud memasukkan satu huruf ke dalam huruf lain.  Dari sudut Istilah pula bermaksud menyebut 2 Huruf dengan satu Huruf yang bertanda Tasydid.
 

Bahagian      =          Bagi Idgham terdapat 4 jenis hukum iaitu :

   1.   Idgham Mutamasilain : Pertemuan dua huruf yang sama sifat dan makhrajnya

  2.   Idgham Mutaqaribain: Pertemuan dua huruf yang berhampiran sifat dan makhrajnya, atau salah satu daripada sifat dan makhrajnya

  3.   Idgham Mutajanisain : Pertemuan dua huruf yang sama makhrajnya tetapi berlainan sifatnya

  4.   Idgham Mutaba’idain : Pertemuan dua huruf yang kedua-duanya berbeza dari segi sifat dan makhrajnya

 

Sub-Bahagian         =          Setiap bahagian mempunyai 3 sub-bahagian iaitu :

 i.    Idgham Saghir – Huruf pertama sukun dan huruf kedua berbaris

ii.    Idgham Kabir – Huruf pertama dan kedua berbaris

 iii.  Idgham Mutlak – Huruf pertama berbaris dan huruf kedua sukun.

 

Tujuan           =          Untuk membuat perbandingan antara 4 hukum idgham di atas dengan sifat dan makhraj huruf.  Ini kerana sifat dan makhraj huruf menjadi pengukur utama dalam menentukan hukum 4 jenis idgham tersebut.

 

1.                  IDGHAM MUTAMASILAIN  

Makna            =          Mutamasilain bermaksud  ‘serupa’. Iaitu pertemuan dua huruf yang sama sifat dan makhrajnya (tempat keluarnya)

 Huruf             = 

د

ت

ب

                        

  1. ب   bertemu  ب
  2. ت    bertemu   ت 
  3. د    bertemu     د

 Hukum          =          Hukum adalah wajib diidghamkan.

 Bahagian      =          Terbahagi kepada 3 bahagian :

  1. Mislain Saghir (Kecil)
  2. Mislain Kabir (Besar)
  3. Mislain Mutlak

 

1.1       Mutamasilain  Shaghir

Makna            =          Huruf pertama sukun dan huruf kedua berbaris.

Contoh          =          (Al-Baqarah : 60)

 Hukum          =          Wajib Idgham

 

1.2             Mutamasilain Kabir

Makna            =          Huruf pertama dan kedua berbaris

Hukum          =          Wajib Izhar

Contoh          =          (Al-Baqarah : 131)

 

1.3                Mutamasilain Mutlak

Makna            =          Huruf pertama berbaris dan huruf yang kedua sukun.

Hukum          =          Wajib Izhar

 

2.       IDGHAM MUTAQARIBAIN

  Makna            =          Mutaqaribain bermaksud ‘hampir’. Iaitu pertemuan dua huruf yang berhampiran sifat dan makhrajnya, atau salah satu daripada sifat dan makhrajnya, seperti :

 i.     Berhampiran Makhraj dan Sifat                  Contoh :    ل    bertemu   ر

 ii.    Berhampiran Makhraj tidak Sifat               Contoh :    ق    bertemu   د

 iii.  Berhampiran Sifat tidak Makhraj                Contoh :    ذ  bertemu   ج

 

Bahagian      =          Terbahagia kepada 3 bahagian :

  1. Mutaqaribain Saghir (Kecil)
  2. Mutaqaribain Kabir (Besar)
  3. Mutaqaribain Mutlak

 

 2.1             Mutaqaribain Shaghir

Makna            =          Pertemuan dua huruf, pertama sukun dan kedua berbaris.

 Hukum          =          Izhar

 Contoh          =          (Al-Anfal : 48)

 

2.2             Mutaqaribain Kabir

Makna            =          Pertemuan dua huruf, pertama dan kedua berbaris.

Hukum            =          Wajib Izhar.

Contoh          =          (Yusuf : 33)

 

2.3             Mutaqaribain Mutlak

 Makna            =          Pertemuan dua huruf, pertama berbaris dan kedua sukun.

 Hukum          =          Wajib Izhar.

 Contoh          =          (Yusuf : 10)

 

3.    IDGHAM MUTAJANISAIN

  Makna            =          Mutajanisain bermaksud ‘sejenis’ . Iaitu pertemuan dua huruf yang sama makhrajnya tetapi berlainan sifatnya seperti:

  • ……..   bertemu ث
  • ………    bertemu د

 Bahagian      =          Terbahagi kepada 3 bahagian :

  1. Mutajanisain Saghir (Kecil)
  2. Mutajanisain Kabir (Besar)
  3. Mutajanisain Mutlak

 

3.1           Mutajanisain Shaghir

Makna            =          Huruf pertama sukun dan kedua berbaris.

Hukum          =          Wajib Izhar, Kecuali 6 tempat yang harus dibaca idgham, iaitu:

1. Huruf ba dan sesudahnya huruf mim, seperti

2. Huruf ta dan sesudahnya huruf dal,  seperti  

3. Huruf ta dan sesudahnya huruf tha, seperti

4. Huruf tha dan sesudahnya huruf dzal, seperti

5. Huruf dal dan setelahnya huruf ta, seperti

6. Huruf dzal dan sesudahnya huruf zha, seperti

Contoh          =          (AlHijr : 7)

 

3.2           Mutajanisain Kabir

 Makna            =          Kedua-dua hurufnya berbaris.

Hukum          =          Wajib Izhar.

Contoh          =          (Ali ‘Imran : 7)

 

3.3           Mutajanisain Mutlak

Makna            =          Huruf pertama berbaris dan kedua sukun.

Hukum          =          Wajib Izhar.

Contoh          =          (Yunus : 106)

 

4.   IDGHAM MUTABA’IDAIN

 Makna            =          Mutaba’idain bermaksud pertermuan dua huruf yang kedua-duanya berbeza dari segi sifat dan makhrajnya.

 Contoh          =          (Mukminun : 22)

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: